CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »





Peraturan Menyewa

Antara peraturan sewa Villa An-Nur
  1. Sila pastikan tuan/puan menyemak tarikh dan hari yang akan  menyewa adalah BETUL untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
  2. Wang tempahan adalah sebanyak RM30 atau 40% daripada jumlah sewaan.Wang tempahan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya tempahan dibatalkan di saat akhir. Sila maklumkan jika anda ingin membatalkan tempahan tersebut sekurang-kurang 36 jam lebih awal. 
  3. Masa untuk Check In dan Check Out  adalah bebas tetapi bergantung kepada kekosongan villa sebelum dan selepas menyewa.
  4. Bayaran dikenakan adalah berdasarkan jumlah malam untuk menetap di villa ini.
  5. Baki wang sewaan hendaklah DIBAYAR KETIKA MENERIMA KUNCI villa.
  6. Tolong jaga TATASUSILA tuan/puan dan keluarga ketika berada di sini.
  7. Sila jaga alatan/perabot di dalam rumah seperti anda berada di rumah sendiri.  Jika rosak, kami berhak meminta ganti rugi dari pihak tuan.
  8. MENCURI adalah satu kesalahan. Kami akan melaporkan kepada pihak polis jika berlaku keadaan demikian.
  9. Sekiranya pinggan mangkuk dan sebagainya digunakan, ia hendaklah dibersihkan sebelum meninggalkan rumah.
  10.  Sila buang semua bungkusan makanan yang sudah tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
  11. Sila tutup semua SUIS LAMPU DAN KIPAS sebelum meninggalkan rumah.
  12. Sila jaga barang berharga anda dengan baik. Sebarang kehilangan adalah tanggungan sendiri.                                     
  13. TERIMA KASIH atas segala kerjasama anda.

          ANDA SELESA BERITAHU KAWAN
                                                              ADA MASALAH  BERITAHU KAMI
               
      KESELESAAN ANDA  KEPUASAN KAMI





.